katalisator | IB bahan utk mempercepat tindakan kimia, mangkin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awal | 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijangkakan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. bahagian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salai | ; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |