Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperdengarkan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperdengarkan1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah;Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; panggil tak ~ ki jauh (sekali); corong ~ Id corong alat mendengar; salah ~ salah me­nangkap (percakapan, kata-kata yg di­tutur­kan, dll); dengar-dengar menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; engar-dengaran 1. mempedulikan, meng­endahkan, mendengar (menerima, menurut, percaya, dsb): jangan tuanku ~ akan sembah orang yg tiada sebenarnya; 2. perasaan seolah-olah mendengar (sesuatu), perasaan spt terdengar-dengar: cuma ~ saya sahaja agaknya; berdengar Mn didengar(kan), dipedulikan, diturut(kan); mendengar 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); dengar cakap enggang, makan buah beluluk, dengar cakap orang, terjun masuk lubuk prb hendaklah berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan, jangan men­dengar cakap orang; didengar ada, dipakai tidak prb tidak mengikut nasihat; men­dengarkan, mendengari 1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang; memperdengarkan 1. melakukan sesuatu (spt memainkan alat muzik, menyanyikan lagu, dsb) supaya didengar oleh orang lain, menyiarkan (lagu dsb) melalui radio: Hamzah sering diundang utk ~ gesekan biolanya dlm majlis yg besar-besar; 2. menyiarkan (menge­mukakan dsb) supaya diketahui umum atau orang lain: keluhan para isteri tentang kelakuan suami yg keterlaluan banyak sekali diperdengarkan menerusi majalah; terdengar 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; terdengar-dengar seolah-olah (masih) men­­­dengar, seolah-olah belum luput dr telinga; kedengaran 1. (dapat) didengar, terdengar: dr jauh ~ bunyi loceng sayup-sayup dibawa angin; 2. diperoleh berita, diketahui: setelah ~lah ke benua Siam, maka paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah; pendengaran 1. pancaindera utk men­dengar, alat mendengar (seluruh bahagian telinga): kalau ~ rosak, tentu tidak boleh mendengar lagi; 2. perihal mendengar(kan), apa yg dapat didengar: Kak Bedah meng­angkat kepalanya utk menjelaskan ~nya; pendengar 1. alat (perkakas, benda) utk mendengar(kan); 2. orang yg mendengar (bunyi, percakapan, dsb): ~ radio; 3. = pen­dengaran pancaindera utk mendengar; 4. Id mahasiswa tidak berdaftar tetapi mengikuti (mendengar sahaja) kuliah-kuliah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lagu1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyuguhkan1. menyediakan (menghi­dangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air teh; 2. ki menyediakan, memaparkan (karangan dlm akhbar dll), mengemukakan atau menon­jolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dll): sesudah beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah giliranku pula; hari­-hari yg dilaluinya selepas itu lebih banyak ~ kengerian tentang pembunuhan kejam itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
suguhJw; menyuguhi 1. memberi makanan kpd (tetamu), menjamu, memperjamu: ia disilakan singgah ke dlm toko dan disuguhi minuman yg mahal dan lazat; 2. ki me­ngemukakan (sesuatu) kpd, menonjolkan (sesuatu) kpd; menyuguhkan 1. menyediakan (menghi­dangkan, menyajikan) makanan: sementara pembicaraan itu berlangsung, seorang perajurit Jepun berengsot ~ air teh; 2. ki menyediakan, memaparkan (karangan dlm akhbar dll), mengemukakan atau menon­jolkan (sesuatu), memperdengarkan (lagu dll): sesudah beberapa orang kawan ~ lagunya masing-masing, tibalah giliranku pula; hari­-hari yg dilaluinya selepas itu lebih banyak ~ kengerian tentang pembunuhan kejam itu; suguhan sesuatu yg disuguhkan, hidangan, sajian; penyuguhan perihal (perbuatan) menyuguhi atau menyuguhkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dengar; mendengar 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~, dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1 pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2 hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya, ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3 apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1 orang yg mendengar: ~ radio. 2 alat atau perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dengar; mendengar 1. dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2. mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3. mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. dengar-dengar(nya) bp menurut khabar yg didengar (diketahui, diterima): ~ dia sudah naik pangkat. mendengarkan memasang telinga utk mendengar; mendengar dgn sungguh-sungguh: Dia melekapkan telinganya ke dinding utk ~ perbualan ayahnya. memperdengarkan menyebabkan sesuatu dpt didengar; mengeluarkan bunyi (suara) supaya didengar orang: Dia ~ suaranya yg lemak merdu itu kpd orang-orang kampung. terdengar 1. sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2. dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. terdengar-dengar seolah-olah masih atau dpt didengar: ~ olehnya bunyi tangisan anaknya yg ditinggalkan di kampung. kedengaran terdengar; didengar: Pd musim padi berbuah, ~ suara orang bersorak bersahut-sahutan menghalau burung. pendengaran 1. pancaindera utk mendengar; kuasa atau daya utk mendengar: Kebanyakan binatang mempunyai ~ yg tajam. 2. hal mendengar atau mendengarkan: Pd ~ saya ia hendak pulang ke Manila minggu hadapan. 3. apa-apa yg dpt didengar: Ani mendekati tempat perbualan itu utk menjelaskan ~nya. pendengar 1. orang yg mendengar: ~ radio. 2. alat utk perkakas utk mendengar: Budak-budak yg cacat pendengarannya menggunakan alat ~ utk belajar.Kamus Pelajar

Kembali ke atas