memperkacaukan | menjadikan berkacau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacau I | 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |