memperkenankan | menyebabkan jadi berkenan akan; membenarkan; meng-izinkan; menyetujui: Aku berdoa semoga Tuhan ~ permintaanmu itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperkenankan | mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkenankan | menyebabkan jadi berkenan akan; membenarkan; mengizinkan; menyetujui:Aku berdoa semoga Tuhan akan ~ permintaanmu itu. | Kamus Pelajar |
mengabulkan | memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengizinkan | memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperlakukan | 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana segala kehendaknya diperlakukan. | Kamus Pelajar |
laku | 2 mengabulkan; memperkenankan: Dia menjadi manja kerana | Kamus Pelajar |
merelakan | memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memakbulkan | menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghalalkan | 1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |