memperlancar | membuat supaya lebih lancar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancar I | terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; 2. menghafaz, selalu mengulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |