Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.le.mah] | ممڤرلمه

Definisi : menjadikan lebih lemah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.le.mah] | ممڤرلمه

Definisi : menyebabkan menjadi lebih lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperlemah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperlemahmenyebabkan menjadi lebih lemah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperlemahmenjadikan lebih lemah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lemah1 tidak bertenaga; tidak kuat: Badannya ~ kerana tidak cukup tidur. 2 kurang cekap dlm sesuatu: Ia ~ dlm pelajaran matematik. ~ gemalai (longlai) gerakan tubuh yg elok ketika berjalan dll. ~ hati mudah dipengaruhi orang; tidak teguh hati. ~ lembut baik budi pekerti; tidak pemarah. ~ semangat mudah terperanjat (jatuh sakit dll). melemahkan menyebabkan menjadi lemah: Kurang tidur akan ~ badan. memperlemah menyebabkan menjadi lebih lemah. kelemahan keadaan atau hal lemah. pelemahan perbuatan atau hal melemahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lemah I1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenar­nya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain­-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menye­babkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan ke­kurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas