Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempermainkan, memain-mainkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mempermainkan,memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memper­lakukan utk bersenang-senang (mencari un­tung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, me­nyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat
main I1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang­senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyu­kakan atau menyenangkan hati (dgn meng­gunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp me­lakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak ber­sungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) per­cakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat se­suatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berse­ronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (men­jelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) me­nyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) me­ngenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memper­lakukan utk bersenang-senang (mencari un­tung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, me­nyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg me­nyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas