memperpayah | menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
payah | 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (merundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, menjadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, kesusahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. menderita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |