Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.tam.bah] | ممڤرتمبه

Definisi : menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempertambah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mempertambahmenjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;Kamus Dewan Edisi Keempat
tambah1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila di­kembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadi­kan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, di­jum­lahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah se­­orang wanita yg kasar dan garang; ~ sen­tara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurang­an; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk mem­bantu melainkan menambah­kan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu menga­rang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas