mempertunggangkan | menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditunggangkan ke atas asap sabut kering itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menunggangkan | 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusaha-kannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditunggangkan ke atas asap sabut kering itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang I | terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) berlari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |