mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempromosikan | melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promo | bp sesuatu, spt tayangan filem video ringkas, yg ditayangkan utk mempromosikan sesuatu produk, peristiwa dsb: stesen televisyen akan menampilkan ~ mengenainya dlm usaha menarik perhatian penonton. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
treler II | (tréler) sedutan pendek babak tertentu drpd sesebuah filem yg ditayangkan di pawagam atau televisyen sbg usaha utk mempromosikan atau mengiklankannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
promosi | segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb) atau utk memperkenalkan album lagu, filem dsb supaya laris jualannya: ~ barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran. mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jerayawara | persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan pameran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |