proses | /prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengilang | 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
proses | (prosés) 1. satu siri perubahan yg berlaku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah; berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemprosesan terus(direct processing) | 1. Teknik memproses data secara langsung tanpa mengolah atau mengisih susunannya terlebih dahulu. 2. Teknik memproses data secara langsung tanpa menggunakan peranti perantara. | Kamus Komputer |
pemprosesan kelompok(batch processing) | 1. Kaedah memproses sejumlah maklumat atau tugasan yang tidak berkaitan dengan mengumpulkan maklumat tersebut terlebih dahulu supaya dapat dikerjakan sekali jalan mengikut giliran. 2. Kaedah memproses beberapa atur cara atau suruhan yang tidak berkaitan dengan menyusunnya dalam satu baris gilir dan kemudiannya memuatkannya ke dalam sistem untuk diproses mengikut giliran. Kaedah ini mengelakkan pengguna yang berbilang daripada mencapai suatu sistem kongsi masa, menjimatkan masa penggunaan dan membolehkan pemproses menjalankan satu tugas sahaja pada satu ketika. | Kamus Komputer |
pemproses data(data processor) | 1. Peranti atau petugas yang bekerja untuk memproses maklumat. 2. Nama lain untuk komputer, mesin kira, atau sebarang sistem yang fungsinya memproses data. 3. Sebutan am bagi sebarang peranti yang boleh mengurangkan, meringkaskan, memproses, menerima dan/atau mengeluarkan data. | Kamus Komputer |
kilang | 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memproses | 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memproses | 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilang | 1. memproses barang-barang di kilang. 2. menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. | Kamus Pelajar |