memuafakati | 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memakati | 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakat | 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |