Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
puas1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke­rana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh­-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki.Kamus Dewan Edisi Keempat
memuaskan1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
musykil1 susah difahami; sulit: Jika ada perkara yg ~, sila berjumpa dgn saya. 2 tidak puas hati; kecewa. memusykilkan 1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan. kemusykilan 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memenuhi1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
puas1 lega, senang, kenyang, gembira dll kerana sudah merasai secukup-cukupnya atau sudah memperoleh apa-apa yg dihajati: Sesudah minum tiga gelas, barulah ia ~. Dia tidak akan ~ selagi tidak mendapat ijazah. 2 sudah lebih drpd cukup; tidak ingin lagi; jemu: ~ saya mencari kerja, tidak juga berjaya. berpuas berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. memuaskan menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. kepuasan hal atau keadaan puas. pemuasan perbuatan atau hal memuaskan. pemuas yg memuaskan. sepuas-puas sehingga puas: Kami pergi ke sebuah anak sungai yg jernih airnya lalu minum ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bagus1. berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik: barang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan; 2. sangat cantik: parasnya yg ~ menawan hati putera raja itu; 3. digunakan sbg kata pujian: ~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dgn baik sekali;membaguskan membuat jadi bagus;memperbagus membuat supaya lebih bagus: hendaklah dia ~ hatinya;kebagusan perihal bagus.Kamus Dewan Edisi Keempat
memusykilkan1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syok 1 sangat menarik hati; sangat memuaskan hati.Kamus Pelajar
kehausan1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kan­dangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
memusykilkan1 menyebabkan jadi musykil; menyulitkan; menyukarkan. 2 tidak memuaskan hati; mengecewakan.Kamus Pelajar
12345678

Kembali ke atas