memuncak | meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuncak | 1. menuju ke puncak, membumbung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuncak | meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar |
runcing | 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merabung | membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuncakkan | menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melambung | 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. | Kamus Pelajar |
lambung I | 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. | Kamus Pelajar |
runcing | 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg diperbuat spt galah dan diruncingkan hujungnya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dll): dan diperuncingnya pendengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. kegentingan (keadaan, perselisihan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemuncakan | proses (perbuatan) yg menyebabkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |