mungkir | 1 tidak menepati (janji dll); menolak perjanjian; tidak setia: Sesiapa yg ~ akan janjinya tidak akan saya percayai janjinya lagi. 2 tidak mengakui; tidak mengiakan: Ia tetap ~ akan kesalahan-kesalahannya itu. 3 salah; keliru: tak ~ tak salah; tak keliru. memungkiri 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mungkir | 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memungkiri | 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memungkiri | 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingkar | Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memungkiri | 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal. | Kamus Pelajar |
menepati | 1. berpegang teguh pd (janji, kata, dll), tidak memungkiri, menunaikan: orang yg sentiasa tidak ~ janji itu, tanda munafik, dan akan ke neraka bulat-bulat; 2. bertepatan dgn, tidak bersalahan (berlainan) drpd: tulisan-tulisan Ismail Hussein baik yg bersifat kajian sastera mahupun yg memuatkan pemikiran kritis dan analitisnya, adalah ~ istilah esei dlm kajian ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meniadakan | 1. menganggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru beberapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebencian | 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebencian | 1. rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2. yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. | Kamus Pelajar |