Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pungut; memungut 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pungut; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip se­suatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali­-kali; memungutkan memungut (mengambil) se­suatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengutip1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengumpulkan1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengutip1. memungut benda kecil­kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (men­cabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma;Kamus Dewan Edisi Keempat
kutip; mengutip 1 memungut benda kecil-kecil atau buah-buahan satu demi satu: Mari kita pergi ~ buah berangan. 2 mengambil atau menyalin sebahagian drpd isi karangan (berita dll); memetik: Dia ~ beberapa potongan berita dr surat khabar. 3 mengumpulkan sesuatu (spt derma, cukai) drpd berbagai-bagai sumber: Orang ramai dilarang ~ derma tanpa kebenaran polis. kutipan sesuatu yg dikutip; pungutan (derma dll); petikan (drpd berita, karangan dll). pengutipan perbuatan atau hal mengutip: Hasil ~ derma itu telah disampaikan kpd mangsa-mangsa kebakaran. pengutip orang yg mengutip; pemungut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kutip; mengutip 1. memungut benda kecil­kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (men­cabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengu­tip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemungut1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem.Kamus Dewan Edisi Keempat
pungut;memungut1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah dll): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah.Kamus Pelajar
kumpul; berkumpul berada di sesuatu tempat beramai-ramai atau dgn banyaknya; berhimpun; berkelompok: Murid-murid ~ di dewan sekolah. mengumpulkan 1 memungut atau mengutip sesuatu yg berserak supaya menjadi sekelompok: Emaknya sedang ~ buku yg berselerak di lantai. 2 memanggil (orang) supaya berkumpul; menghimpunkan: ~ tentera utk menentang musuh. 3 menyimpan dan menambah bilangan supaya bertambah banyak: ~ wang; ~ harta. terkumpul sudah dikumpulkan; terhimpun; terlonggok: Setelah ~ semuanya, telur penyu itu pun dibawa orang ke pasar. kumpulan 1 kelompok (orang, binatang dll): Di tengah jalan, mereka berjumpa dgn ~ penjahat yg sedang mendirikan khemah. 2 sesuatu yg telah dikumpulkan (hingga menjadi banyak): ~ wang. berkumpulan dlm sesuatu kumpulan; berkelompok: Mereka menjalankan kerja itu secara ~. perkumpulan persatuan yg terdiri drpd anggota sesuatu kumpulan orang; pergabungan:Dia menjadi pengerusi ~ wanita di kampungnya. pengumpulan perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu. pengumpul orang yg mengumpulkan sesuatu: ~ setem.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas