memuramkan | menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuramkan | menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memuramkan | menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. | Kamus Pelajar |
menyuramkan | menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muram | 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian suaminya. bermuram, = ~ durja bermasam muka; bersedih. memuramkan menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. kemuraman keadaan muram; kesuraman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muram | 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suram | 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |