musnah | binasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membinasakan | 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusnahkan | menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memusnahkan | membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusnahkan | menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki: | Kamus Pelajar |
sabot | IB 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll (utk mematahkan gerakan mereka); 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dll; menyabot 1. memusnahkan barang-barang musuh dll (utk mematahkan usaha mereka); 2. menggagalkan sesuatu usaha dll; penyabotan perbuatan menyabot; penyabot orang yg menyabot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bom | senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak, yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika atau waktu meletupnya. ~ nuklear bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan atau penggabungan nukleus unsur tertentu. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
musnah | binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasakan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bom | senjata api spt peluru besar bentuknya dan diisi dgn bahan-bahan peledak yg dpt memusnahkan apabila meletup. ~ atom bom yg menggunakan tenaga atom. ~ jangka bom yg dpt ditentukan ketika meletupnya. ~ pemedih mata bom yg diletupkan utk mengeluarkan asap yg memedihkan mata. ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan. mengebom memusnahkan dgn bom; menjatuhkan atau melemparkan bom: Tentera Jepun telah menyerang kota Manila serta ~ beberapa bandar lain. | Kamus Pelajar |
membumihanguskan | memusnahkan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |