putar balik | 1. berbelit-belit (perkataan dll), bolak-balik; 2. mantera utk memanggil pulang orang yg berpergian; memutarbalikkan 1. memutarbelitkan; 2. membalikkan, memusing balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dll): bagaimanapun diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yg mengenai bentuk lahir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengolak-alikkan | 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
olak II | ; olak-alik sentiasa berulang-alik atau berubah-ubah (bkn pegangan, pendirian dll). mengolak-alikkan 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memutarbalikkan | 1. memutarbelitkan; 2. membalikkan, memusing balik (semula), mengubah (arah, kedudukan, dll): bagaimanapun diputarbalikkan, pilihan kata adalah syarat syair yg mengenai bentuk lahir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Mengolak-alikkan | 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar |
olak II; olak-alik | sentiasa berulang-alik atau berubah-ubah (bkn pegangan, pendirian dll). Mengolak-alikkan 1 memutarbalikkan (sesuatu pendapat dll); membalik-balikkan. 2 mempermain-mainkan; mempersendakan. | Kamus Pelajar |
memulas | 1. memusing (kunci, leher, skru, telinga, dll), memutar: jika boleh tangkai bunga itu hendaklah dipulas sedikit sebelum dilentur; 2. memegang sesuatu lalu diputar, memilin, memiuh (kain basuhan, tali, dll): kain itu dipegang dgn dua belah tangan kemudian dipulas, keluarkan seberapa banyak air yg dapat; 3. ki memutarbalikkan (kebenaran, perkataan, dll): seorang yg terkenal pandai ~ perkataan; tujuan atau maksud ayat itu sudah jelas tidak dapat dipulas lagi; ~ pusing bp memutarbalikkan (perkataan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendar | (péndar) Mn; berpendar 1. berpusing, berputar, berguling-guling; 2. pusing; memendar-mendarkan memutarbalikkan sesuka hati, mencuai-cuaikan, mempermain-mainkan: sebab anak tetap tanggungan bapa, tak dapat dipendar-pendarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memusingkan | 1. menjadikan berpusing, memutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, membingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memutarkan | 1 membuat jadi berputar; menjadikan berputar; memusingkan: ~ skru; ~ jarum jam. 2 mengubah arah yg dituju; membelokkan: Dia ~ keretanya ke kiri. 3 = memutarbelitkan, memutarbalikkan membelit-belitkan kebenaran (janji dll): Orang yg selalu ~ perkataannya, tidak dpt dipercayai. ~ filem menayangkan filem. ~ lidah membelit-belitkan kata-kata. ~ otak berfikir dgn sungguh-sungguh. ~ wang memusingkan wang utk mencari untung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |