tampung I | ; menampung 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 memberi tempat (ruang dsb) utk: Stadium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. menampungkan menadahkan sesuatu; menggunakan sesuatu utk menadah: ~ tangan menadahkan tangan (ketika berdoa). penampungan perbuatan atau hal menampung; penadahan. penampung alat yg digunakan utk menampung: cawan ~ susu getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menampung | 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 memberi tempat (ruang dsb) utk: Stadium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menampung | 1. menadah sesuatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ penduduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimanakah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbitan yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, memegat, menahan: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemiskinan dan kekurangan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadah | , = penadah bekas spt baldi dll utk menampung sesuatu. menadah menyambut sesuatu yg dilemparkan atau yg jatuh; menampung: Disediakan sebuah tong utk ~ air hujan. menadahkan 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah tangan spt akan menyambut sesuatu. tadahan hasil menadah; sesuatu yg ditadah. penadahan perbuatan atau hal menadah; penampungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampung I | menampung 1. menadah sesuatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ penduduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimanakah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan mengumpulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbitan yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, memegat, menahan: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemiskinan dan kekurangan diri; ~ doa bertadah amin; menampungkan menampung dgn, menadahkan; ~ tangan bertadah amin (ketika berdoa); tertampung dapat (berupaya) ditampung; penampungan perihal menampung, penerimaan, penadahan; penampung 1. alat utk menampung: cawan ~ susu getah; 2. orang yg menampung (meng-uruskan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadah I | 1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll); ~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg dilekapkan pd sebelah dalam baju; tukang ~ orang yg menerima barang gelap dll; bertadah 1. memakai tadah; 2. menggunakan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan; menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ baldinya yg besar itu berhampiran dgn tempayan yg ada di situ; 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. mengucapkan (amin ketika berdoa): ~ amin; tadahan sesuatu yg ditadah: air ~; penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau; penadah 1. sesuatu yg digunakan utk menadah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menadah | 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampung I; menampung | 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. | Kamus Pelajar |
menadahkan | 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah tangan spt akan menyambut sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menakung | 1 menyekat atau menadah air supaya banyak terkumpul; menampung: Sebuah tangki yg besar telah dibina utk ~ air hujan. 2 membiarkan mengendap (bkn minyak dll): ~ minyak kelapa; ~ getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |