penggera | 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gera | ; menggera 1. menyergah, menggertak, menakut-nakutkan: ~ musuh; musim ~ musim menghalau burung dll (yg hinggap pd padi yg mulai masak); 2. memberi isyarat (tanda ada bahaya dll): bendera merah dipakai utk ~ bahawa tempat itu berbahaya; penggera 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerantang | 1. bunyi (suara) riuh-rendah; 2. ki gertak, tengking utk menakut-nakutkan; menggerantang menakut-nakutkan, menggertak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ugut | ; mengugut menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), meng-ancam: kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakutkan kakak; ugut-mengugut saling mengugut antara satu sama lain: pihak yg berbalah sering ~ utk mempertahankan kebenaran masing-masing; ugutan kata-kata dsb yg bertujuan utk menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), ancaman: jangan-jangan ini surat ~; pengugut orang yg mengugut, pengancam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gertak I | tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang; ~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang; menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan; menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat; gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak; penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakut-nakutkan | membuat sesuatu (mengugut dll) supaya takut: ia diugut-ugut dan ditakut-takutkan; ia mengherdik dan ~ budak-budak | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakut-nakuti | menimbulkan (menerbitkan) rasa takut, memberi takut kpd: suaraku ditakuti semua murid; sudah sekian lama suaminya dlm tahanan tidaklah ada orang yg dapat menolong, orang kampung kebanyakan hanya mempertakut-takuti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menakut | ark bangkit (timbul) rasa takut, mula takut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengugut | menakut-nakutkan (supaya melakukan atau mematuhi sesuatu), meng-ancam: kami datang ini kerana kewajiban, bukan ~, bukan menakut-nakutkan kakak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gera | ; menggera 1 melakukan sesuatu utk menakut-nakutkan; menggertak. 2 memberi isyarat sbg tanda ada bahaya dll. penggera 1 orang yg membuat orang lain berasa takut. 2 alat yg digunakan utk menimbulkan rasa takut: ~ burung alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. 3 alat utk memberi isyarat (ketika berlaku bahaya dll): ~ kebakaran alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |