Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.li] | منالي

Definisi : menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.li] | منالي

Definisi : menangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menali

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Apa guna pandai menali,
     Kalau tidak pandai melampun;
Apa guna jadi penari,
     Kalau tidak pandai berpantun.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menalimenangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menalimenangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
rodeo(rodéo) pertandingan atau pertunjukan kemahiran menunggang kuda liar, menali lembu dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
sapu I1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
talibenda berutas panjang dan biasanya berpintal yg dibuat drpd berbagai-bagai bahan dan digunakan utk mengikat, mengebat, menarik dll. ~ air parit yg digali atau yg asli utk mengalirkan air ke kawasan bendang dll. ~ barut a. tali utk mengikat barut. b. orang yg menjadi penyampai rahsia. ~ belati tali yg dibuat drpd rami pokok sisal. ~ gasing tali utk memusingkan gasing. ~ kail tali utk mengikat mata kail. ~ leher pakaian yg diikatkan pd leher baju dan dibiarkan berjela ke hadapan; dasi. ~ persaudaraan hubungan antara orang-orang yg bersaudara atau bersahabat. ~ perut usus. ~ pinggang tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn uri. ~ rafia tali yg dibuat drpd gentian pokok rafia. ~ relap tali yg digunakan utk menghalau ikan. ~ sauh tali utk mengikat sauh. ~ sawat tali atau rantai di antara aci yg berpusing atau di antara takal utk menjalankan enjin atau utk menggerakkan sesuatu (spt barang-barang). ~-temali bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu. bertali ada talinya; memakai tali: Ada juga jam saku yg diberi ~ dan dibubuh dlm saku. ~ arus tidak putus-putus (spt orang ramai, kenderaan yg lalu-lalang tidak henti-henti). bertali-tali bersambung-sam­­bung; berterusan: Di luar, hujan masih ~. bertalian ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; ber­hubungan. menali menangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali. mempertalikan menjadikan bertali­an atau berhubungan; mengaitkan; me­ng­­­­­gandingkan. talian 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan tele­fon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu melalui operator utk membuat panggilan. pertalian 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tali I1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemu­dikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk me­negakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengang­guk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan la­rangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghu­bungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa guna­nya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb per­buatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugi­an; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, ber­hu­bung­an dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersam­bung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai di­per­tali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, meli­bat-libatkan dgn, memperhubung-hubung­kan, memperkaitkan, menjalin-jalin­kan: jangan di­pertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. meng­hubungkan (dgn), menyam­bungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan ber­tali-tali, me­nyambung-nyam­bungkan, meng­hubung­kan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kese­tiaan? 5. men­jo­doh­kan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak ma­hu dipertali­kan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) ber­ada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silatu­rahim perhubungan persahabatan (persau­daraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas