Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pa.li] | منمڤلي

Definisi : sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menampali


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menampalisl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
menambak1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tambak I1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampal I1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahit­kan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertam­bal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangun­­an yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menam­pal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas