tampal | 1 perca kain dll yg dijahitkan atau yg dilekatkan utk menutup bahagian yg koyak. 2 simen, plaster dll yg ditempelkan pd sesuatu. 3 ist tindakan meletakkan teks atau grafik (komputer) yg dipotong dr satu tempat ke tempat yg lain dlm dokumen. bertampal memakai tampal; ada tampalnya: Bajunya ~. menampal 1 membubuh tampal pd (bahagian pakaian yg koyak): Dia ~ seluarnya yg koyak. 2 merekatkan sesuatu pd: Dinding bangunan itu ditampal dgn gambar calon pilihan raya. menampalkan 1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding. tampalan sesuatu yg ditampalkan. penampal apa-apa yg digunakan utk menampal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampal I | 1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahitkan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertambal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangunan yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, menampung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, menampal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan kerana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menampal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampalkan | 1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menampalkan | 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampalkan | 1 melekatkan tampal. | Kamus Pelajar |
melekapkan | 1. menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekatkan, mendempetkan: kepalanya dilekapkannya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampal | 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, menampung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekap I | lekat (rapat sekali), merapat, menempel; melekap 1. melekat (pd), tertampal (pd): kedua-dua tapak tangannya ~ ke daun pintu; 2. merapat, mendekat: muka anak itu ~ di dada ibunya; melekapkan 1. menjadikan melekap, melekatkan, menampalkan (gambar dll): ~ ubat ke tempat yg luka; 2. merapatkan, mendekatkan, mendempetkan: kepalanya dilekapkannya ke dada ayahnya; 3. ki memasangkan atau mengenakan sesuatu (pakaian dll); terlekap terlekat pd, tertampal pd, dlm keadaan yg melekap; pelekapan perihal (proses, perbuatan dsb) melekap atau melekapkan; pelekap anggota (pd beberapa jenis ikan dan serangga) utk mendakap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turap | campuran simen dgn pasir dsb dan digunakan utk melekatkan bata, tembok dll; lapisan simen pd tembok dsb. berturap bersalut atau berlapis dgn sesuatu yg ditampalkan. menurap menampal atau melapis dgn turap; melepa. menurapkan menampalkan sesuatu sbg turap pd bahagian luar; menyalutkan; melapiskan. penurapan perbuatan, hal dsb menurap atau menurapkan. penurap 1 orang yg menurap: ~ jalan. 2 alat, bahan dsb yg digunakan dlm menurap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turap | campuran simen dgn pasir dll yg digunakan utk melekatkan bata (tembok dll), lapisan simen pd tembok dll, lepa, salut; berturap bersalut (berlapis) dgn sesuatu yg ditampalkan, berlepa: bulu ~ dgn air mas; menurap menampalkan sesuatu (lapisan dsb) pd bahagian luar, melepa, melapis, menyalut: pagarnya drpd batu putih dirapat, diturap dgn kapur yg amat bersih; turapan hasil menurap; penurapan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menurap: penggunaan simen dlm proses ~ permukaan jalan; penurap 1. orang yg menurap: dia anak kpd seorang ~ bata di daerah itu; 2. alat (bahan dsb) yg digunakan utk menurap: kerja menurap jubin memerlukan bahan ~ khusus; jalan kampung yg sempit sukar dilalui jentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |