tanak | ; bertanak memasak nasi: Ibunya sedang ~ di dapur. menanak 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). 2 memasak sesuatu dgn hanya merebus saja: ~ kentang merebus kentang. ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak. penanak orang yg menanak; tukang masak. sepenanak; ~ nasi waktu yg lamanya sama dgn lama orang menanak nasi (± 20 minit). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanak | juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanak | 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). 2 memasak sesuatu dgn hanya merebus saja: ~ kentang merebus kentang. ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menanak | 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanak | 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). | Kamus Pelajar |
menyayur | 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayur | 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu menjadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayur | 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masak | 1. sudah tua dan boleh dimakan (buahbuahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buahbuahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat laukpauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat laukpauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacammacam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |