Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Peribahasa

Alah sabung,
     menang sorak.

Bermaksud :

Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya. (Bandingkan dengan: Biar alah sabung, asalkan menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sabungadu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh.Kamus Dewan Edisi Keempat
alah Ikalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesu­sah­an tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang me­makai prb tidak apalah mahal sedikit harga­nya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikata­kan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mem­punyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu memper­tahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: surat­an ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menunduk­kan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalah­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorak I= ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di sekeliling terdengar bunyi petasan ber­letusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan; biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti); bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; menyoraki bersorak kpd (utk memberang­sang, mengejek, dll), bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya; menyorakkan meneriakkan atau menye­rukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ me­reka masih berlanjut-lanjut; penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menang1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas