tangguh I | tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangguh | penundaan waktu (utk melakukan sesuatu): Dia meminta ~ dua hari lagi utk menyiapkan kerja itu. bertangguh 1 meminta supaya dilanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. 2 = bertangguh-tangguh berlama-lama; ber- lambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi, perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. menangguhkan 1 melewatkan waktu utk melakukan sesuatu; menunda: Abdullah dan rakan-rakannya pun bersetuju ~ pelayaran mereka, lalu naik ke darat semula. 2 = menangguh-nangguhkan sengaja melambat-lambatkan; melengah-lengahkan: Mereka bertujuan ~ tarikh kemerdekaan tanah air. mempertangguhkan menyebabkan atau menjadikan bertangguh. pertangguhan perbuatan atau hal bertangguh. penangguhan perihal (perbuatan dsb) menangguhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |