Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
derita Ikesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menjamin1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jamin; menjamin 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. terjamin dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung: Mutu barang ini tidak ~. jaminan akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
deritakesusahan (kesakitan, seksaan dll): Dia menanggung ~ selepas kematian suaminya. menderita menanggung kesusahan (kesakitan, seksaan dll): Orang-orang miskin di luar bandar selalu hidup ~. penderitaan 1 hal atau keadaan menderita: ~ si ibu yg kehilangan tempat bergantung itu makin lama makin bertambah. 2 perkara yg diderita (kesusahan, kesakitan dll): Dia tidak sanggup lagi menanggung ~ itu. penderita 1 orang yg menderita. 2 frasa nama yg menjadi tujuan kata kerja transitif dlm ayat; objek: Dlm ayat “Dia memukul kucing”, “kucing” itu menjadi ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanggung1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanggung rindumenaruh rindu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanggung rahsiamenyimpan rahsia;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanggung ragamMn mengalami bermacam-macam percubaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanggung malumerasai malu;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanggung kasihberasa wajib membalas kasih (orang);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas