tangkis | ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tangkisan hasil menangkis; tepisan. penangkisan perbuatan atau hal menangkis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tangkis | tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan; bulu ~ sj permainan spt tenis dan menggunakan sj bola drpd bulu ayam, badminton; bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd lawan: maka kedelapan hulubalang berpalukan cokmarnya ~; menangkis 1. menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis baginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematahkan serangan musuh: mereka akan diberi penerangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali; tangkis-menangkis saling menangkis: maka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~;tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia terpaksa menghadapi pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya; tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis; penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu; penangkis alat utk menangkis: dua ketumbukan askar ~ Jepun dgn satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menepiskan | 1. menangkis pukulan (serangan dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. mengibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepis I | menepis mengelakkan pukulan, serangan, dsb: dia mencuba ~ tetapi tidak berjaya; ke-mungkinan utk ~ tindakan tentera pihak musuh; menepiskan 1. menangkis pukulan (serangan dll) dgn belakang tangan: Folley kelihatan tidak berdaya hendak menepiskan penumbuk Mohammad Ali yg pantas itu; 2. mengibas dgn tangan: Wahab menepis-nepiskan habuk dr kemejanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangkis | 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkis | 1. menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis baginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematahkan serangan musuh: mereka akan diberi penerangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menepak | 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~ muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepak II | bunyi spt bunyi orang menampar atau menepuk; menepak 1. memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan: ~ pukulan; ~ senjata; 2. (Sunda) menepuk, menampar: ~ muka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangkis; menangkis | 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. | Kamus Pelajar |
perisai | 1. alat utk menangkis senjata (tikaman, pukulan, dll), taming: lembingnya ditimang-timangnya dgn ~ bergenta dikirap-kirapnya; 2. Id besi (keluli) tipis yg digunakan sbg pelindung (pd meriam dll); kereta ~ kereta tentera yg berdinding atau berlapis besi (utk melindungi drpd tembakan); 3. ki orang (benda dll) yg dijadikan pelindung diri (drpd bahaya, tuduhan, dll): abang akulah yg menjadi ~ku tiap-tiap kali aku bertengkar dgn kakakku; 4. barang drpd perak dll yg berupa perisai (taming) yg dijadikan hadiah kpd pemenang dlm pertandingan sukan dll: selesai pertandingan itu Abdul Hadi dijulang ke tepi padang membawa sebuah ~; ~ pusingan perisai yg dipertandingkan berulang-ulang (tidak terus menjadi hak pemenang pertama); berperisai memakai (mempunyai) perisai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |