tanjak I | 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanjak | 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanjat | 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panjat | ; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |