menanjakkan silat | pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanjakkan | menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanjak I | 1. sj destar, tengkolok: Anjang memakai ~ spt pahlawan Melayu; 2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas; bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket; ~ baru bertinjau prb berbuat sesuatu mengikut aturannya yg lazim; menanjak 1. menirus ke atas, meruncing; 2. memanjat (bukit dll), mendaki, menaiki: aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga; 3. menjadi lebih tinggi (jalan dll), mendaki: dia berjalan menuju tangga yg ~ ke atas anjung; mereka mendaki jalan yg ~; menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan: dia ~ layar perahunya; ~ ilmu mengembara ke tempat lain utk mengajarkan ilmu; ~ silat pergi ke tempat lain utk berlawan atau mengajar silat; tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan prb menyampaikan maksud dgn pelbagai ikhtiar; tanjakan jalan yg mendaki, pendakian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |