Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nanti2
Kata Terbitan : menanti, menanti-nanti, menantikan, penantian, penanti,

Puisi
 

Kain pelikat belum berjahit,
     Menanti jarum dari Melaka;
Kami berduka belum baik,
     Menanti ubat dari kakanda.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nanti II; menanti duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. menanti-nanti lama menunggu; menunggu-nunggu. menantikan menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia ~ ibunya di stesen kereta api. menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu. ternanti-nanti dlm keadaan menanti-nanti (menunggu-nunggu dgn penuh harapan): Ibunya ~ akan kepulangan anaknya. penantian 1 perbuatan atau hal menanti: ~ gadis itu berakhir dgn kematian tunangnya yg ditunggu-tunggu. 2 tempat menanti. penanti orang yg menanti; penunggu. pokok ~ pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses percantuman.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nanti IItunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai be­berapa lamanya hingga beralih mata­hari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg ber­hajat kpd seseorang yg tidak sangat berke­hendak kepadanya; b) menantikan perto­longan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu mem­bingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, pe­nyam­but tetamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nanti IImenanti duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. menanti-nanti lama menunggu; menunggu-nunggu. menantikan menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia ~ ibunya di stesen kereta api. menanti-nantikan menunggu-nunggu ketibaan sesuatu. ternanti-nanti dlm keadaan menanti-nanti (menunggu-nunggu dgn penuh harapan): Ibunya ~ akan kepulangan anaknya. penantian 1 perbuatan atau hal menanti: ~ gadis itu berakhir dgn kematian tunangnya yg ditunggu-tunggu. 2 tempat menanti. penanti orang yg menanti; penunggu. pokok ~ pokok lain yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses percantuman.Kamus Pelajar
tunggu Ibp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menanti-nantikanmenunggu-nunggu ketibaan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanti-nantilama menunggu; menunggu-nunggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menantiduduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menanti-nantikanmenunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanti1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih;Kamus Dewan Edisi Keempat
menanti-nantikanmenunggu-nunggu ketibaan sesuatu.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas