menyukai | 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta | 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membubuh | 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanam | 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bubuh | ; membubuh 1. menaruh, meletakkan sesuatu: tanah ini boleh disuburkan semula dgn ~ baja; ~ harga menaruh (menentukan) harga; 2. menaruhkan, menambahkan: rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu; jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik; 3. menulis, memasukkan (dlm surat, laporan, dll), menempatkan (huruf, tanda, dll dlm tulisan): segala kelakuan perang itu dibubuhnya dlm surat itu; ~ angka dua memberi berangka dua; ~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran; ~ koma menempatkan koma; ~ tandatangan menandatangani;membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dgn: bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yg lain warnanya;bubuhan 1. sesuatu yg dibubuh; 2. Id bunyi atau rangkaian bunyi yg dibubuh pd kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan); pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan: ~ tandatangan pd surat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyimpan | 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 memegang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyimpan | 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpan | ; ~ kira tatabuku. menyimpan 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 memegang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. menyimpankan menyimpan utk: Tiap-tiap bulan, dia ~ anaknya wang sebanyak RM50/-. simpanan 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~. 3 apa-apa yg disimpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. penyimpanan perbuatan atau hal menyimpan. penyimpan orang yg menyimpan: Para ~ akan diberi cenderamata. ~ kira-kira orang yg mengurus atau yg bertanggungjawab terhadap sesuatu akaun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menempap | 1 menaruh tapak tangan pd. 2 mengukur dgn tapak tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengesyaki | 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |