menaruh hati | mencintai, suka kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belas I | perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbelas | , = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saksama | 1. cermat, hati-hati, hemat-hemat, teliti: menjatuhkan hukuman dgn ~; 2. tidak berat sebelah, tidak menaruh prasangka, adil: inilah raja yg adil lagi ~ pd zaman itu; mereka hendaklah menjalankan pekerjaan mengikut undang-undang syarikat dgn adil, ~, timbang rasa, dan dgn tidak berperasaan pilih kasih; 3. berpatutan, munasabah: sebilangan drpd majikan enggan membayar upah yg ~; kesaksamaan perihal saksama (teliti, adil, dll), sifat saksama: ~, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuan seseorang hakim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melekatkan | 1. menjadikan melekat, menampalkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pandangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beriri hati | menaruh rasa iri hati, berdengki (hati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dendam | 1. = ~ berahi perasaan cinta dan kasih yg amat sangat terhadap seseorang: Si Bidin rupanya ada menaruh ~ pd Esah; 2. = ~ hati perasaan (keinginan) hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat): orang duduk di kampung memang tolong-menolong, tidak boleh menaruh ~; ~ benci = ~ kesumat rasa dendam dan benci yg mendalam; membalas ~ = melepaskan ~ melakukan sesuatu yg tidak baik sbg membalas kejahatan seseorang dan memuaskan dendam hati yg terpendam; menaruh ~ menyimpan (memendam) perasaan ingin membalas perbuatan jahat seseorang; rindu ~ perasaan rindu yg amat sangat; berdendam menaruh dendam: Karim memang sudah lama ~ hendak membinasakan Pak Sudin; berdendam-dendaman saling menaruh dendam; mendendam, mendendami menaruh dendam pd: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; dendam-mendendam saling mendendami; mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu hal (perbuatan dsb): orang-orang itu sudah lama ~ hal orang-orang berasmara di tempat itu; dendaman perasaan dendam: tidak pula timbul ~ dlm hatinya terhadap orang yg mengkhianatinya; kedendaman perasaan dendam, dendam: ~nya terhadap gadis itu makin mendalam; pendendam (orang yg) suka berdendam, (orang yg) suka menaruh dendam: budak itu bukan sahaja seorang yg degil tetapi juga seorang yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wasangka | , = syak ~ rasa khuatir; kebimbangan hati: Ia menaruh syak ~ terhadap pekerja baru itu. berwasangka mempunyai atau menaruh wasangka: Tidak baik ~ buruk terhadap orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dendam | 1 = ~ hati keinginan (perasaan) hendak membalas kejahatan: Dia menaruh ~ terhadap penghulu itu kerana bertindak tidak adil terhadap anaknya. 2 = ~ berahi perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang: Rupa-rupanya Si Mat itu ada menaruh ~ terhadap Rokiah. ~ kesumat (benci) dendam dan benci yg mendalam. berdendam menaruh dendam: Ia ~ terhadap Karim kerana Karim selalu mempermainkan adiknya. berdendam-dendaman saling menaruh dendam. mendendam menaruh dendam terhadap (kpd): Pemuda jahat di kampung itu sudah lama ~ Pak Lebai yg suka memberinya nasihat. mendendamkan menaruh dendam mengenai sesuatu: Dia tidak ~ perkara yg kecil itu. pendendam orang yg mendendam; orang yg menaruh dendam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suka | 1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (kemahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalahmajalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) sekehendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga mengarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, menggembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (disayangi, dicintai, dikehendaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |