tawar II | bp = menawar; bidan ~ bidan yg diundang (ditempah) terlebih dahulu, lwn bidan terjun; adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya; bertawar-tawaran tawar-menawar; menawar 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dll): dgn tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi drpd seluruh kekuatan negara masing-masing; menawari ark mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dll): seorang pemuda yg sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya; menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dsb) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dll), menyatakan kesediaan memberikan dsb sesuatu (spt pertolongan, khidmat, dll): se-orang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya; kemudian dia sendiri duduk dan dgn santun ~ rokok kpd tamu-tamunya; dlm hal ini Persatuan ~ khidmat pd peringkat permukaan;tawaran 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;penawaran perihal menawar(kan): kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dlm satu perjumpaan; sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menye-babkan ~ beras dunia semakin berkurangan; penawar orang yg menawar, pemohon, pelamar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar I | 1 tidak ada rasa (bkn makanan, minuman dsb); tidak cukup manis, masin dsb; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bkn air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bkn ubat dsb); sudah hilang kekuatannya (bkn bisa atau racun): Semua jampinya ~ belaka. ~ hati tidak ada kemahuan; tidak bersemangat. ~-mawar (hambar) tawar sekali; sangat tawar. menawar 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. menawarkan menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. penawaran perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menawar | 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menawar | 1. menyebut harga (sewa dll) yg berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu): sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah; 2. meminta dikurangkan harga dll yg ditetapkan oleh penjual: Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dr dlm dompetnya dan membayar; 3. menyebutkan berapa “kurangnya” drpd harga yg diletakkan oleh penjual dll: boleh ~ sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penawar | 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
payu | Jw 1. harga atau nilaian (sesuatu); 2. laku (barang jualan), laris; berpayu tawar-menawar (harga sesuatu); memayukan menentukan harga sesuatu, menawarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawar II | ; bertawar-tawaran saling meminta supaya dikurangkan harga (sewa dsb) sesuatu: Dgn tidak ~ lagi, dia membeli barang-barang itu. menawar meminta supaya dikurangkan atau diturunkan harga (sewa dsb) sesuatu: Kalau pandai ~, kita dpt memperoleh harga yg lebih rendah. menawari memberikan sesuatu (pekerjaan dsb) kpd: Dia ditawari pekerjaan sbg pengurus di firma itu. Pihak atasan telah ~nya jawatan pengarah. menawarkan menunjukkan sesuatu supaya dibeli; mengunjukkan atau mengemukakan sesuatu supaya diterima, dipakai dsb: Penjaja itu ~ barang-barang jualannya. Dia ~ rokok kpd rakan-rakannya. Kerajaan ~ biasiswa kpd para penuntut di universiti. tawaran 1 harga yg dikemukakan atau yg diminta oleh pembeli, penyewa dsb. 2 sesuatu yg ditawarkan: Mereka tidak mahu menerima ~ gaji yg dikemukakan oleh kerajaan. penawaran perihal (perbuatan dsb) menawar, menawari atau menawarkan: permintaan dan ~. penawar orang yg menawar sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raih | tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertangguh | 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memapas | 1. menanggalkan atau membuka (pakaian, khemah, dll): ia menyuruh ~ kajang; 2. mengambil, mencuri, menyerobot: lekas-lekas Andeh, kalau orang lain pergi dahulu tentulah habis dipapasnya, kita melepas sahaja; 3. mengubati atau menawar (penyakit, bisa, dll): carikan dukun yg pandai-pandai ~ serta dipintakan tangkal azimat kpd tuan-tuan Sayid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |