meranggeh | menghulurkan tangan utk mencapai, mencapai, menjengkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggeh | (ranggéh) Jk; meranggeh menghulurkan tangan utk mencapai, mencapai, menjengkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggabai | menghulurkan tangan (utk mencapai sesuatu), mencapai, menggapai; ®gapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabai I | Mn; menggabai menghulurkan tangan (utk mencapai sesuatu), mencapai, menggapai; ®gapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencapai kata muafakat | mencapai persetujuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lonjak | gerakan ke atas dgn melompat (spt gerakan orang hendak mencapai sesuatu). melonjak 1 melompat ke atas dgn kedua-dua belah kaki (utk mencapai sesuatu): Ia ~ hendak mencapai bungkusan yg di atas para itu. 2 melambung (bkn bola): Bola getah itu ~ apabila dicampakkan ke tanah. 3 meningkat naik atau melompat naik dgn tiba-tiba (bkn harga): Harga gula ~ dr 20 sen hingga 40 sen sekati. melonjak-lonjak 1 melompat atau melonjak beberapa kali kerana girang dll: Anaknya ~ melihat ibunya pulang dr pasar. 2 ki menjadi-jadi (bkn perasaan dsb); meluap-luap: Kegembiraan ~ dlm dada Mak Tijah kerana kepulangan anak lelakinya dr perantauan. terlonjak melonjak dgn tiba-tiba (kerana kesukaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merapai | menghulurkan tangan kerana hendak mencapai (mencari pegangan dll), mencapai, menggapai: anak montel yg merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya; ® gerapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gapai | ; bergapaian menghulur-hulurkan tangan utk mencapai sesuatu: Para penumpang perahu yg karam di sungai itu ~ utk mencari tempat berpaut. menggapai mencapai atau memegang sesuatu (dgn tangan): Pesakit itu ~ meja di sebelahnya utk mengambil ubat. menggapai-gapai bergerak-gerak (bkn tangan dsb) seolah-olah hendak mencapai atau hendak memegang sesuatu. menggapaikan menghulurkan (tangan) utk mencapai sesuatu. menggapai-gapaikan menggerak-gerakkan (tangan) seolah-olah hendak mencapai atau hendak memegang sesuatu: Budak yg hampir-hampir lemas itu ~ tangannya meminta tolong. tergapai-gapai terhulur-hulur tangan utk mencapai atau utk memegang sesuatu: Kedua-duanya ~ apabila perahu itu terbalik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rapai | ark; merapai menghulurkan tangan kerana hendak mencapai (mencari pegangan dll), mencapai, menggapai: anak montel yg merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya; ® gerapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muafakat | 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |