carut | perkataan yg keji dan kotor (cabul): perkataan hamun dan maki, ~ dan cabul; ~-capai = ~-marut berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; bercarut, bercarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; mencarut, mencarut-carut mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; mempercaruti memaki-maki orang dgn perkataan yg keji; carutan (perkataan, kata-kata) yg keji dan kotor, (kata-kata) yg cabul: penyair menjauhkan kata-kata ~ yg kasar; pencarut 1. suka mencarut; 2. orang yg suka mencarut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencarut-carut | mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang ~ dan meludah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut hodoh | Kl suka mencarut-carut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercarut | mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor: sampai beliau ~; ~ bungkang Mn mencarut-carut, memaki-maki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carut | perkataan yg keji lagi kotor. ~-capai, = ~-marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. mencarut menuturkan kata-kata yg keji dan kotor. pencarut orang yg suka mencarut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
carut | perkataan yg keji lagi kotor. ~ - capai, = ~ - marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. mencarut menuturkan kata-kata yg keji dan kotor. pencarut orang yg suka mencarut. | Kamus Pelajar |
mulut | 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd manusia atau binatang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yg di-minum; 2. ki sesuatu yg rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~ belanga; ~ kubur; 3. ki perkataan, percakapan; banyak ~ banyak cakap, cerewet; ~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b) suka mengeluarkan katakata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan katakata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata; ~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka mengeluarkan kata yg pedas-pedas; ~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkatakata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedem-bai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis perkataannya dan barang atau wang yg dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkataan yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar; bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkatakata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |