mencatatkan | 1. menuliskan atau merakamkan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendebitkan | mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debit | (débit) 1. catatan jumlah wang yg dikeluarkan drpd akaun bank seseorang; 2. ruang kiri akaun tempat catatan wang keluar dibuat; mendebitkan mencatatkan atau merakamkan debit, mencatatkan sesuatu butiran perakaunan di ruang kiri akaun: jika seseorang itu berhutang kpd kita, hendaklah didebitkan jumlah hutangnya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentarikhan | perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkreditkan | 1. mencatatkan butir perakaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendokumenkan | 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membuktikan sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buku tunai | buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buku hitam | buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
topdal | buku peringatan harian dlm pelayaran (mencatatkan laju kapal, keadaan angin, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerah-kerahan | sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |