mencecah | mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencecah | kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tendang | ; ~ cecah layang sepakan yg dibuat ketika bola yg sudah mencecah padang baru hendak melantun. ~ duyung keadaan apabila kedua-dua kaki serentak dibengkokkan, kemudian diluruskan, yg dilakukan semasa berenang dgn gaya kuak kupu-kupu. ~ layang sepakan yg dibuat ketika bola masih melayang dan hampir mencecah padang. menendang 1 memukul dgn kaki; menyepak: Dia ~ bola itu ke pintu gol lawannya. 2 ki menyuruh berhenti drpd menjadi anggota sesuatu persatuan dll; memberhentikan drpd jawatan dll; memecat: Ahli jawatankuasa telah ~ beliau dr persatuan itu. tendangan hasil perbuatan menendang; sepakan: ~nya tidak tepat. ~ bebas tendangan bola yg diberikan kpd pihak yg tidak bersalah, sbg hukuman kpd pihak yg bersalah. ~ penjuru tendangan bola dr sudut padang. ~ percuma tendangan yg diberikan kpd sesuatu pasukan apabila pasukan lawan melakukan kesalahan (dlm bola sepak). penendang orang yg menendang (bola dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuak I | gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang. ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd kedudukan siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung. ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan diturunkan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala (dilakukan berselang-seli, tangan kiri dan tangan kanan). berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah. menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cecah | ; mencecah mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. mencecahkan mengenakan sesuatu sedikit pd: Dia ~ ulam ke sambal, kemudian menyuapkannya ke mulut. tercecah terkena sedikit. sececah 1 waktu yg tidak lama; sekejap; sebentar. 2 sedikit; secolek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencocol | mencecah (sambal, seri kaya, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyentuhi | mengenai, mencecah: langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cecah | mencecah mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. mencecahkan mengenakan sesuatu sedikit pd: Dia ~ ulam ke sambal, kemudian menyuapkannya ke mulut. tercecah terkena sedikit. sececah 1. waktu yg tidak lama; sekejap; sebentar. 2. sedikit; secolek. | Kamus Pelajar |
lecak II | Kl mencecah, bertemu, sampai (ke bawah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layap I | hampir mencecah tanah atau air (burung terbang dll), rendah; berlayapan, berlayap-layapan 1. berterbangan rendah (burung dll); 2. berayunan (pokok ditiup angin dll), berliuk-liuk; melayap terbang rendah (burung dll), melayang rendah-rendah; melayapi terbang rendah di (ke), melayang rendah di (ke); melayapkan, melayap-layapkan menyebabkan terbang atau bergerak-gerak (spt angin meniup pohon). | Kamus Dewan Edisi Keempat |