mencengkam | 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencengkam | 1. memegang kuat-kuat dgn kuku (cakar), mencengkeram: rambut anaknya itu dicengkamnya lalu ditariknya; 2. mengapit (menyepit), mencantumkan kain dll (dgn menjahit); 3. ki menguasai (memeras, menindas): perjuangan sekarang adalah utk menghalang kaum kapitalis ~ semula kemakmuran negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencengkam | 1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. | Kamus Pelajar |
mengerkau | mencengkam (mencengkeram) atau menggaruk dgn kuku yg panjang, mencengkam atau mencakar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerkau | ; mengerkau mencengkam (mencengkeram) atau menggaruk dgn kuku yg panjang, mencengkam atau mencakar; terkerkau kejang atau kerekot jarinya (spt cakar ayam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigit | ; bergigitan saling mencengkam dgn gigi: Anjing-anjing itu selalu ~ apabila diberi makan oleh tuannya. menggigit 1 menyepit atau memotong dgn gigi; mencengkam dgn gigi: Jangan takut, anjing ini tidak ~. 2 berasa sakit spt dicubit-cubit: Perutnya ~ kerana terlalu lapar. ~ bibir berasa sangat marah atau geram. ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa atau hampa. gigitan 1 cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2 bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigit | bergigitan saling mencengkam dgn gigi: Anjing-anjing itu selalu ~ apabila diberi makan oleh tuannya. menggigit 1. menyepit atau memotong dgn gigi; mencengkam dgn gigi: Jangan takut, anjing ini tidak ~. 2. berasa sakit spt dicubit-cubit: Perutnya ~ kerana terlalu lapar. ~ bibir berasa sangat marah atau geram. ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa atau hampa. gigitan 1. cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2. bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. | Kamus Pelajar |
gigit | ; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi; menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~ lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum; tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemut | mencengkam sesuatu dgn gerakan yg mengembang dan menguncup (spt keadaan mulut kanak-kanak ketika menyusu dll): Kebanyakan anak kecil suka ~ puting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergigitan | mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |