menceraikan | 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menceraikan | 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceraikan | 1. membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2. meleraikan orang berkelahi dsb. 3. memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja; ia telah ~ isterinya. | Kamus Pelajar |
menguraikan | 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentalak | menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjatuhkan talak | menceraikan isteri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyarak | 1. menceraikan (isteri), memisah-kan; 2. memberhentikan anak drpd menyusu, menyapih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memarakkan | memisahkan, menceraikan: dahulu dia berniat hendak ~ si Mat drpd isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meleraikan | 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjatuhkan talak | menceraikan (isteri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |