cerap | ; mencerap 1 menaruh minat pd; memperhatikan. 2 menerima sesuatu (pelajaran dsb) dlm ingatan atau dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerap | ; kurang ~ kurang periksa, kurang memerhatikan; tak ~ tidak endah, tidak tahu; mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap; tercerap dapat dicerap oleh pancaindera; cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan; pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerap | 1 menaruh minat pd; memperhatikan. 2 menerima sesuatu (pelajaran dsb) dlm ingatan atau dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencerap | 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerap | mencerap 1. menaruh minat pd; memperhatikan. 2. menerima sesuatu (pelajaran dsb) dlm ingatan atau dlm hati. | Kamus Pelajar |
menanggap | 1 melihat atau mendengar sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengecamkan. 2 menangkap atau menerima dgn pancaindera, spt melihat atau mendengar; mencerap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggap | ; menanggap 1 melihat atau mendengar sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengecamkan. 2 menangkap atau menerima dgn pancaindera, spt melihat atau mendengar; mencerap. tanggapan sesuatu yg ditanggap oleh pancaindera; gambaran yg diterima dlm hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menanggap | 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pancaindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menangkap | 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perangkap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menangkap | 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg bergerak cepat dll (dan tidak melepaskannya), memerangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: sebaik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengambil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg tersembunyi; 6. menerima atau dapat mengerti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menanggap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |