mencernakan | 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencernakan | 1. menghadamkan, menghancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll): Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencernakan | 1. menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2. menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3. ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar |
cerna | 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencernaan | proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencerna | sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencernaan | 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waduk | 1 perut besar tempat mencernakan makanan. 2 = ~ air kolam tempat menyimpan air utk digunakan pd musim kemarau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghadamkan | menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alat pencernaan | bahagian tubuh utk mencernakan makanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |