mencetakkan | mencetak utk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencetakkan | mencetak sesuatu utk, menyuruh mencetak, menerbitkan sesuatu (buku dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencetakkan | mencetak utk. | Kamus Pelajar |
mengecapkan | menerakan, mencetakkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengecapkan | menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengecapkan | menerakan sesuatu pd; mencetakkan. | Kamus Pelajar |
cetak | /cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain: mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (buku dsb). percetakan 1 (segala) urusan yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. ~ laser pencetak yg menggunakan sinaran laser utk menghasilkan cetakan (teks, imej dsb) yg lebih jelas. ~ matriks bintik ist pencetak yg membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yg mengandungi corak bintik aksara. ~ warna alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetak | /cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain:mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1. menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2. menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (spt buku dsb). percetakan tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1. orang atau syarikat yg mencetak. 2. alat utk mencetak. | Kamus Pelajar |
cap | 1 sesuatu gambar (rajah, lambang dll) yg terdapat pd barang dagangan dll sbg tanda: cerut ~ ayam; minyak ~ kapak. 2 tanda, huruf dsb yg dicetak: huruf ~ huruf yg dicetak (bukan ditulis tangan). 3 alat yg berukir sesuatu gambar (hari bulan, nama dll) dan dpt diterakan pd benda-benda lain: Tiap-tiap surat perjanjian mesti ada ~ pejabat yg bkn. ~ batu cetakan yg dibuat dgn batu. ~ dagangan (niaga) tanda yg digunakan oleh sesuatu badan perniagaan (pd barang-barang dagangannya). ~ jari bekas tekanan jari (sbg ganti tandatangan). ~ mohor a. cap rasmi kerajaan atau raja-raja. b. cap pd mata wang. bercap 1 mempunyai cap. 2 sudah dicap. mengecap 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki menganggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. mengecapkan menerakan sesuatu pd; mencetakkan. tercap telah dicap; termeterai; tercetak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetak (cétak) | 1. cap (tanda, huruf, dsb) pd kertas atau kain; mesin ~ mesin utk mengecap buku dll; 2. = cetakan acuan (utk membuat kuih dll); ~ kuih acuan kuih; ~ blok kaedah mencetak yg menggunakan blok kayu atau logam yg diukir dgn berbagaibagai corak dsb utk dicap pd kertas, kain dsb; ~ semula = ~ ulang cetakan kali kedua dll dgn tidak ada perubahan drpd cetakan pertama (buku dll); bagaimana ~ begitu kuihnya prb anak menurut kelakuan (sifat) bapanya (sesuatu itu menurut asalnya); bercetak dicap: kad hari raya yg ~ comel; mencetak 1. mengecapkan tulisan (gambar) pd kertas dll (utk membuat buku, surat khabar, dll): mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah; 2. mengecapkan lukisan pd kain: ~ batik; 3. menuang sesuatu (logam dll) dlm acuan, membuat sesuatu dgn acuan: timah dr lombong dicetak sebelum dijual; ~ kuih; 4. membuat (menjaringkan) gol (dlm permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dlm perlawanan, perang, dll), memperoleh keuntungan: sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol; mencetakkan mencetak sesuatu utk, menyuruh mencetak, menerbitkan sesuatu (buku dll); cetakan 1. (buku, majalah, dll) yg dicetak (diterbitkan), terbitan, sesuatu yg dicetak, hasil mencetak (kain dll): ~ yg pertama buku itu ialah dgn huruf jawi; 2. acuan (kuih dll); 3. ki sesuatu yg sudah dibentuk; percetakan tempat (syarikat perniagaan) yg mencetak buku (majalah dll), pejabat cetak; pencetakan kerja-kerja (proses, urusan) mencetak; pencetak 1. orang (syarikat perniagaan dll) yg mencetak; 2. orang yg kerjanya mencetak, tukang cetak; 3. alat-alat yg dipakai utk mencetak; ~ warna alat yg boleh mencetak teks, carta, lukisan dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |