mencontohi | memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencontohi | 1. membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus ~ keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW; 2. ark memberi contoh kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencontohi | memberi contoh kpd; menunjukkan contoh kpd: Ibu bapa patut ~ anak-anak mereka. | Kamus Pelajar |
mengambil teladan | mencontohi, mengambil contoh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turun II | ; menurun 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; menurunkan, memperturunkan 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuhan naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tam-buhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturunkan dgn ringkas cara-cara yg digunakan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tanda-tangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangannya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kerajaan; turunan sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut-ikut | 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambil contoh | = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneladani | 1. memberi teladan kpd, men-jadi teladan kpd: guru hendaklah ~ muridnya; 2. meniru, mencontohi: beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu; kita boleh ~ dan belajar drpd negara jiran, iaitu Indonesia yg dapat mengeluarkan filem yg bermutu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurun | 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menurut | 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~ kerajinannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |