curah | ; mencurah 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1 menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curah | ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurahi | 1 mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2 ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencurahi | 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurahi | 1. mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi:Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2. ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. | Kamus Pelajar |
mencucuri | 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyirami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencucuri | 1. menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyirami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2. bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3. ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. | Kamus Pelajar |
curah | ; mencurah mencurah 1. mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2. ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. mencurahi 1. mencurah di atau pd dgn banyaknya; menyirami; menumpahi: Hujan lebat ~ sawah dan ladang. 2. ki mengurniai atau memberi seseorang banyak-banyak: Moga-moga Tuhan akan ~ kamu dgn rahmat. mencurahkan 1. menuang sesuatu banyak-banyak; menumpahkan: Emak ~ air ke longkang. 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (ttg rahsia dll); memberikan banyak-banyak: Beliau telah banyak ~ tenaga dan wang ringgit utk menubuhkan syarikat itu. tercurah tertumpu; tertumpah: Segala kasih sayangnya ~ kpd anak tunggalnya. curahan apa-apa yg dicurahkan atau yg tercurah. pencurahan perbuatan (hal dsb) mencurahi atau mencurahkan. | Kamus Pelajar |
cucur I | aliran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyirami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpah | terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak. menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu; mencurahi: Air yg dibawanya ~ lantai. menumpahkan 1 menyebabkan tercurah keluar dr tempatnya: Anaknya yg nakal itu telah ~ gula ke tanah. 2 menumpukan atau mencurahkan (minat, perhatian, tenaga dll) pd sesuatu: Ia ~ segala tenaganya pd projek itu. ~ darah membunuh atau melukai. tertumpah 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. tumpahan apa-apa yg tumpah atau yg ditumpahkan. ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: Bajunya ~ kuah. pertumpahan hal tumpah: ~ darah perkelahian (peperangan dsb) yg menumpahkan darah. penumpahan perbuatan, hal dsb menumpahi atau menumpahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |