maling I | Jw 1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu malam): gerak-gerinya spt orang ~; 2. mencuri; ~ curi hal curi-mencuri; ~ dapat (Palembang) ark menemui sesuatu serta memilikinya; kemalingan dimasuki oleh pencuri, kecurian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
culik II | 1. sl sj hantu yg mencuri kanak-kanak; 2. = penculik a) orang yg mencuri (melarikan) kanak-kanak; b) orang yg mencuri (melarikan, menangkap) orang utk dilarikan (dibunuh, diminta wang bagi menebusnya, dll); menculik mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa (utk dibunuh, diminta wang tebusannya, dll): Chiang Kai Shek pernah diculik oleh seorang drpd panglima tenteranya; penculikan perihal atau perbuatan menculik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curi | ; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curi | ; mencuri 1. mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara bersembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1. kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2. kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar |
curi | ; berinai ~ istiadat menghias dan menginai pengantin perempuan (dihadiri oleh kaum keluarga sahaja); maling ~ bermacam-macam perbuatan mencuri; curi-curi (dgn) diam-diam, secara rahsia: mereka ~ berjumpa kerana takut diketahui oleh keluarga masing-masing; mencuri 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi membuat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikannya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); curian barang (apa) yg dicuri, hasil mencuri; kecurian 1. kehilangan harta benda dll kerana kena curi, kemalingan: ~lah baginda tujuh biji peti yg berisi emas; 2. menanggung atau menderita sesuatu kerana lalai; pencurian perihal (perbuatan) mencuri; pencuri orang yg mencuri, maling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurigai | kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencuri pandangan | memandang dgn tidak diketahui orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuri tulang | mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuri pekerja | mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuri pandang | memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |