mendanai | menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendanai | memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dana | kumpulan wang utk sesuatu tujuan: Satu ~ utk membantu pelajar-pelajar miskin telah ditubuhkan. mendanai menyumbangkan atau memberikan dana kpd seseorang atau utk sesuatu tujuan: Kerajaan memang menyokong projek itu dan sedia ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dana | 1. kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan: ~ utk membantu mangsa bencana alam; 2. sl pemberian, sedekah, derma; 3. sl dermawan, pemurah (hati); ~ amanah harta yg dikendalikan oleh pemegang amanah; ~ asing dana amanah yg keseluruhan pelaburannya terdiri drpd syer syarikat asing; ~ bersama dana yg dikendalikan oleh sesebuah syarikat pelaburan bagi pihak pemegang saham; ~ khas dana yg ditubuhkan utk tujuan tertentu, mis pelaburan dan bantuan; ~ pencen dana yg ditubuhkan oleh sesebuah organisasi kerajaan utk membayar pencen kpd pekerjanya; ~ tunai simpanan atau pelaburan yg mudah ditukarkan kpd bentuk tunai; ~ tunai runcit dana yg kecil utk membuat pelbagai pembayaran tunai yg kecil (spt membeli surat khabar, tambang teksi, dll); mendanai memberikan atau menyediakan dana utk atau kpd: kerajaan pusat telah berhenti ~ projek yg melibatkan penggunaan tisu janin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |