mendapan | 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendapan | segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanar I | mendapan tanah subur yg terdiri drpd lumpur, kelodak dan pasir yg ditinggalkan oleh air sungai yg mengalir dan sesudah banjir: tanah yg baik sekali ialah tanah ~ yg di lembah dan di delta sungai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aluvium | tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir, selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara; lanar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aluvium | (Geo) tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir, selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara, lanar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendap | turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak; mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; pemendapan proses dsb mendap; endap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendap | turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |